Opsss!! Maaaafffff... Kasar sangat bunyi tajuk post yang satu ni.. Tapi itu sebagai Highlight untuk Wanita-wanita di luar sana yang mungkin memang jenis suka dengan suami orang. Para isteri-isteri sekalian, sememangnya ada manusia yang memiliki naluri seperti itu. Dia lebih tertarik dengan lelaki yang dah beristeri!! Sebab bagi golongan ini, Lelaki yang dah beristeri kononnya lebih matang dalam berfikir, lebih romantik, lebih stabil dalam kerjaya dan lebih berpengalaman "Konon-nya"" hmmmmm......
seperti satu penyakit? Serius! ini memang satu penyakit mental. Bukan LGBT sahaja boleh disahkan sebagai pesakit mental, tapi golongan wanita yang "BERFIKIRAN" seperti ini juga kategori sebagai SAKIT MENTAL.
Okay, kita pause sekejap... sebelum di teruskan rasa hati... Perlu saya tunjukkan disini 2 analogy perkahwinan polygamy supaya ramai yang tidak salah faham.
2 ANALOGY DALAM POLIGAMI (bagi pendapat saya)
1) LELAKI berkahwin dengan WANITA-WANITA-WANITA-WANITA.
2) LELAKI/JANTAN berkahwin dengan WANITA-BETINA
Ok.. 2 analogy ini rasanya boleh difahami dengan mudah oleh semua pembaca. ^_^
Sekarang, fokus entri ini adalah untuk WANITA(manusia) yang berpotensi untuk menjadi BETINA(binatang). Dan sebahagian wanita single yang memilih untuk menjadi BETINA adalah yang berkerja atau yang sedang membina karier.
Ok.. Sebelum diteruskan, pastikan emosi kita, kita setkan pada aras Alpha. okay!!!
Tarik nafas,.............. Lepaskan........
rilek..................................................
rasakan ketenang.............................
OK jom... kita cuba fahami mereka yang memilih jadi BETINA
seperti satu penyakit? Serius! ini memang satu penyakit mental. Bukan LGBT sahaja boleh disahkan sebagai pesakit mental, tapi golongan wanita yang "BERFIKIRAN" seperti ini juga kategori sebagai SAKIT MENTAL.
Okay, kita pause sekejap... sebelum di teruskan rasa hati... Perlu saya tunjukkan disini 2 analogy perkahwinan polygamy supaya ramai yang tidak salah faham.
2 ANALOGY DALAM POLIGAMI (bagi pendapat saya)
1) LELAKI berkahwin dengan WANITA-WANITA-WANITA-WANITA.
2) LELAKI/JANTAN berkahwin dengan WANITA-BETINA
Ok.. 2 analogy ini rasanya boleh difahami dengan mudah oleh semua pembaca. ^_^
Sekarang, fokus entri ini adalah untuk WANITA(manusia) yang berpotensi untuk menjadi BETINA(binatang). Dan sebahagian wanita single yang memilih untuk menjadi BETINA adalah yang berkerja atau yang sedang membina karier.
Ok.. Sebelum diteruskan, pastikan emosi kita, kita setkan pada aras Alpha. okay!!!
Tarik nafas,.............. Lepaskan........
rilek..................................................
rasakan ketenang.............................
OK jom... kita cuba fahami mereka yang memilih jadi BETINA
(maaf sangat-sangat, model tidak berbaju)
Acapkali kita akan mengenali atau berkawan dengan rakan sekerja tidak kira lelaki atau perempuan dah nama rakan sekerja maka kita memang akan berkerjasama dengan mereka. Ok, cuba kita bayangkan situasi pejabat untuk lebih memahami bagaimana wanita akan akhirnya memilih menjadi BETINA, dan bagaimana akhirnya Lelaki memilih untuk menjadi JANTAN.
..................................................................................................................................................................
JAN, seorang lelaki yang berjawatan disebuah organisasi, berumur dalam lingkungan 40 tahun, telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dengan seorang wanita dan memiliki 4 orang anak.
Tina, Seorang wanita yang berkerja di organisasi yang sama dengan JAN, berumur dalam 30-35 tahun. "Mungkin" Tina pernah mempunyai teman lelaki tapi perhubungan mereka gagal ATAU "Mungkin" Tina boleh jadi seorang janda. Tapi yang pasti Tina mempunyai pengalaman perasaan dengan lelaki.
Jan dan Tina sering berkerjasama dalam syarikat mereka.
Di sisi Tina, Tina melihat JAN seorang lelaki yang segak, seorang yang bertangungjawab dalam kerja dan seorang lelaki yang penyayang kerana JAN kelihatan baik dengan rakan sekerja. JAN juga seperti menyayangi keluarganya kerana setiap kali JAN bercuti adalah semata-mata untuk bercuti dengan keluarganya. Pengalaman Tina dalam perhubungan dengan lelaki membuatkan Tina melihat JAN memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Pada tahap ini, Tina hanya kagum kepada JAN sebagai seorang rakan sekerja kerana JAN seorang yang bersungguh dalam membina kerjayanya dan seorang lelaki yang "Family Oriented"
Di sisi JAN, JAN melihat Tina seorang wanita yang menarik, berperwatakkan "lemah lembut", mudah bergaul dengan orang sekeliling. JAN merasakan sangat mudah untuk berkerjasama dengan Tina. JAN turut mengetahui bahawa Tina telah gagal dalam perhubungannya dengan "Ex" (sama ada teman lelaki @ suami). Pada Tahap ini, JAN hanya mengetahui Tina sebagai rakan sekerja yang baik.
Disebabkan Tina dan JAN sering berkerjasama, maka perbualan mereka bukan sahaja hanya berkisarkan hal-hal kerja, tetapi kekerapan bersama ketika berkerja membuatkan mereka boleh bercerita dan bertukar pendapat mengenai masalah politik dan masalah dunia. Dan keadaan berdua-duaan dalam konteks kerja seperti makan tengah hari bersama setelah habis bertemu client, atau outstation bersama kerana hal-hal kerja yang sering kali berlaku, maka Tina dan JAN lebih OPEN untuk bercerita hal-hal peribadi seperti Hobi, makanan kegemarana, warna kegemaran dan lain-lain. Yang pada mulanya kedua-duanya hanya berfikir untuk bercerita mengisi masa lapang ketika bersama sewaktu berkerja.
...................................................................................................................................................................
Wani, Seorang surirumah sepenuh masa, berumur dalam 30-35 tahun, seorang yang berpelajaran tetapi berhasrat menjadi surirumah sepenuh masa untuk menjaga 4 orang anak dan untuk menguruskan makan minum, harta dan keperluan suaminya JAN. Wani telah 15 tahun menjadi seorang isteri dan ibu. Kesibukkan Wani hanya untuk menjaga hak anak dan suami menyebabkan Wani terlupa untuk menjaga HAK dirinya sendiri (untuk kelihatan menarik didepan suami) hanya kerana wani berfikir "Saya dah kahwin pun, saya dah beranak pinak dah, tak perlu sangat lah hal-hal yang lain tu... yang penting makan minum suami saya jaga dan anak-anak terurus"
Sekisar rumah tangga JAN dan Wani, JAN sedari Wani seorang isteri yang taat dan pandai menjaga makan minumnya, pandai mengemas rumah dan menjaga anak-anak. Sepanjang 12 tahun bersama dengan Wani semua kehendak JAN, Wani berusaha taati. Tetapi.... ada sesuatu yang JAN tidak rasa lagi bila bersama Wani.. JAN tanpa sedar dia merindui diri WANI di zaman "bercinta" Tetapi disebabkan Wani memang penat mengurus 4 orang anak yang masih kecil, mengurus rumah tangga mereka, maka JAN hanya mendiamkan dirinya berkenaan kerinduan itu.
...................................................................................................................................................................
JAN dan Tina seperti biasa keluar outstation bersama-sama, mereka kini boleh dikatakan team kerja yang sangat baik.
Di sisi Tina, Tina rasa sangat selesa bercerita dengan JAN, Tina ceritakan masalah peribadinya pada JAN, dan JAN seperti sangat memahami Tina ini kerana JAN adalah seorang suami dan tahu akan sifat wanita. Tina seperti rasa dihargai. Perasaan itu semakin lama semakin membekas dihati Tina.
Di sisi JAN, rasa kearkaban yang terjalin antara JAN dan Tina membuatkan JAN sangat selesa untuk bercerita dan bergurau, berlawak jenaka denga Tina, Tina yang ketawa kelucuan dan gembira apabila di usik oleh JAN membuatkan JAN rasa gembira apabila melihat Tina ceria dengan senda guraunya.
Emosi JAN terisi apabila bercerita dan bergurau dengan Tina. JAN rasa gembira. Perasaan itu semakin lama semakin membekas dihati JAN.
...................................................................................................................................................................
Wani seperti biasa membuat hal-hal kerja rumah, bau peluh masih melekat dibaju sebab baru saja selesai membersihkan halaman rumah, dan kini wani bergegas ke dapur untuk siapkan makan minum keluarga. JAN akan pulang tidak lama lagi. Kedengaran daun pintu dibuka, Wani hanya menjengukkan kepala dan hanya mengatakan "Oh Abang dah balik, wani tengah masak makanan ni..." JAN menuju kedapur, senyum melihat Wani. Tiba tiba senyuman menjadi kelat.
Malam itu anak-anak masuk tidur lebih awal, Wani bercerita mengenai kegiatan sehariannya dirumah, JAN hanya mendengar dan sesekali menganggukkan kepala. JAN tidak tahu apa perlu disembangkan dengan Wani, kerana Wani tidak berminat dengan politik dan issue semasa dunia, Wani tidak tahu hal-hal kerjanya, wani juga tidak suka akan hobi bolanya. Wani hanya cerita mengenai masakan dan telatah anak-anak mereka. JAN hanya mengangguk dan mendengar. Perasaan Wani gembira. Wani rasa suaminya sangat memahaminya. JAN senyum melihat Wani.... Kelat. Perasaan JAN, hambar.. Emosi JAN? tidak terisi. Dan Emosi itu, sudah lama tidak terisi. tanpa disedari, jiwa JAN sepi.
...................................................................................................................................................................
JAN dan Tina semakin rapat. Suatu hari, JAN meluahkan rasa kepada Tina.
JAN: "Tina, saya rasa terhibur bila bercerita dengan awak"
Tina:"Kenapa? awak ada masalah dengan isteri awak ke?"
JAN: "Tak...."
Wajah JAN hambar... bingung... dia tidak tahu apa yang terjadi. Tapi dia tahu dia rasa sunyi..
Tina: "Hmmm, hey JAN, pernah tak rasa cuka?
JAN: "Pernah" wajah kehairanan.
Tina: "Tapi mesti tak pernah tengok muka cuka kan?? haa cuba tengok dalam ni!!....
JAN: ????
JAN melihat kedalam cermin tangan yang dihulurkan oleh Tina.. JAN dengan penuh rasa ingin tahu, melihat kedalam cermin tangan Tina.
JAN menjeling tajam kearah Tina dan Tina hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata... Tiba-tiba ketawa mereka terhembur keluar!!!
Telah berkali-kali Emosi JAN rasa terisi bersama Tina, dan Tina juga merasa gembira dan Emosi Tina juga terisi apabila bersama JAN.
...................................................................................................................................................................
Malam itu, Tina hanya memikirkan JAN. Dan Tina yakin bahawa dia mampu membuatkan JAN bahagia. Tina tahu yang JAN telah beristeri dan mempunyai 4 orang anak. Dan Tina tahu JAN ada masalah dengan isterinya..
Tina tidak yakin dia akan bertemu lagi lelaki sematang JAN atau lelaki yang mampu membuatkan Tina gembira dan ketawa, dia hanya melihat JAN memiliki kesemua ciri-ciri lelaki Idamannya.
Hanya kini yang bermain difikiran Tina adalah JAN.
Tina rasa dia juga layak bahagia... Tina tidak peduli dengan perasaan isteri JAN, Wani.
Tina rasa dia juga layak bahagia... Tina hanya fikir "The best woman win"
Tina rasa dia juga layak bahagia... Tina hanya fikir kebahagiannya adalah bersama JAN seorang.
Perasaan Isteri JAN??? Keluarga JAN?? Tina memikirkan, itu bukan masalahnya, Tina bertekad mahu memiliki JAN.
Dan bermula rancangan Jahat Tina sebagai BETINA untuk mendapatkan JAN
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> THE END <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Ok... rasanya saya end kan story telling tu di sini kerana kita telah sampai Point di mana wanita yang tertarik kepada suami orang tidak akan memikirkan sifat kemanusiaan nya lagi, Dia mula memasang berbagai strategi untuk memerangkap TARGET nya sehingga berjaya. Keadaan ini samalah juga seperti seekor serigala, yang sentiasa memerhati dan meneliti dan dalam masa sama memasang strategi untuk mendapatkan TARGETnya.
Serigala memiliki suatu kemahiran iaitu berburu. Kaedah buruannya bukanlah calang-calang, tetapi penuh dengan pemerhatian dan analisis yang terdahulu sebelum dijadikan menu hidangan. Mereka memiliki mata yang tajam, deria yang peka, gigi yang mencengkam, tubuh yang gagah dan kaki yang kuat. Sekiranya sang serigala berjaya menemui kelemahan mangsanya, sukar bagi mangsanya untuk melepaskan diri mahupun menghilang diri. Mereka akan terus memerhati si mangsa terlebih dahulu dari pelbagai aspek dan bagaimana keseluruhan kehidupan mereka. Mereka tidak datang dan terus menerkam, tetapi membuat penelitian yang amat dalam dan penuh perhatian. Mereka datang bagai rakan, tetapi ada tujuan yang disebaliknya. Kerana perkara inilah, ramai kekawan biri-biri dan haiwan yang lemah banyak menjadi mangsa sang serigala yang pernuh teliti dan bijaksana memburu hasil buruannya.
Oh Wanita, Jangan Jadi BETINA.
Kesimpulan dari cerita pendek di atas:-
(Wahai Para isteri, rancanglah strategi untuk sentiasa menambat hati suami!)
1) Keperluan Emosi JAN tidak terisi oleh Wani. Tetapi merasakan keperluan emosinya terisi oleh Tina
2) Wani merasa selamat dengan statusnya sebagai isteri dan merasakan dia telah menjalankan tugas yang baik untuk menjaga rumah tangganya. Wani terlepas pandang terhadap keperluan emosi suaminya JAN.
3) Tina yang merasakan JAN memenuhi ciri-ciri lelaki idaman, dan kini mengambil kesempatan untuk memenangi hati JAN
Dan para isteri sekalian, rancang la strategi untuk menambat hati suami!
(Tunggu entri seterusnya... TEKNIK MEMIKAT SUAMI!) ;-)


Comments
Post a Comment