3 Langkah Awal Menuju Bahagia

Artikel ini ku titipkan buat kamu.. iya, kamu! yang sedang mencari BAHAGIA.. 




Untuk mencapai bahagia, haruslah bermula dengan “PASTIKAN DIRI MERASA BAHAGIA” terlebih dahulu. Hmmmm bunyi seperti pentingkan diri kan? Tapi itu la selogik nya! Bagaimana kita hendak membahagiakan orang lain kalau diri sendiri tidak merasa bahagia?


3 langkah awal yang perlu kita lakukan untuk merasa bahagia

1 .   Beri Maaf



a)  Mula-mula kita maafkan diri kita terlebih dahulu sebab kita tidak pernah buat diri kita rasa bahagia! Kita lebih pentingkan kebahagian orang lain dari diri kita sendiri. ITU TIDAK ADIL!! Sedangkan kita juga bertanggugjawab untuk membuatkan diri kita bahagia.! Jadi Maafkan lah diri kita sebab kita lupa untuk membahagiakan diri kita sendiri. 
     
     Katakan nama kamu "Hellen" dan pegang hati kamu dan katakan pada diri kamu, "Hellen, maafkan saya sebab tidak pernah buat kamu rasa bahagia. Kamu lebih layak untuk rasa bahagia, dan sekarang saya akan pastikan agar kamu akan bahagia". Buat Kaedah ini setiap hari paling kurang sekali dalam sehari.

b)   Seterusnya kita maafkan mereka yang menyakiti kita. Segala dendam kesumat, segala perasaan marah, benci dan menyesal. Kita elakkan bermain dalam fikiran dan diri kita. Ini kerana perasaan itu lah yang akan menghalang kita untuk merasa bahagia secara total. Sekali lagi, PERASAAN MARAH, BENCI, DENDAM, MENYESAL MENGHALANG KITA UNTUK MERASA BAHAGIA SECARA TOTAL. 

     Ini juga terbukti dari kajian saintifik berdasarkan PH asid yang tertinggi pada peluh dimiliki oleh orang yang marah, benci dan menyesal. Dan ini bukan sahaja merosakkan emosi tapi juga merosakkan diri dengan rasa lemah pada badan dan tidak bermaya dan bagi wanita, wajah akan kusam, gelap tidak bermaya!! (Argghh punya la tidak besstt kaann!!!)

     Okay, kita memang perlu keluarkan perasaan marah, sedih, kecewa, menyesal dan lain-lain yang seangkatan dengannya... Jadi, kalau mahu marah, teruskan marah TAPI JANGAN LAMA-LAMA. (Sebab Diri kamu perlu bahagia!!). kalau mahu menangis.. teruskan la menangis, TAPI JANGAN LAMA-LAMA. (Sebab Diri kamu mahu bahagia!!) 


Kalau mahu beri maaf orang yang memang menyakiti kita, (mungkin bekas tunang, mungkin bekas suami @ isteri, mungkin kawan yang talam dua muka)  memang sangat susah!! SAYA SETUJU.. SANGAT SUSAH!! Jadi cuba ikut step ini (Ini bagi kamu yang susah untuk memaafkan tapi mahu mencari bahagia)

i)    “BERI MAAF (cakap dalam hati boleh, declare kemaafan tu pun boleh)

ii)   kemudian tinggalkan orang tersebut "lost contact" (tidak perlu tahu apa dia buat tidak perlu tahu apa perkembangan dia dan lain-lain)


Percaya la, tindakan sebegini akan mempercepatkan lagi process kita menuju bahagia <3 


2 .   Cuba Kenali Diri

WARNING!

Jangan Fokus pada fizikal.. Sekali lagi, JANGAN FOKUS PADA FIZIKAL. INGAT! JANGAN FOKUS PADA FIZIKAL KAMU.

Okay.. Jom! teruskan membaca.. :) 


Sifat Maskulin dan Feminin ada dalam diri saya, kamu, dia dan mereka semua.  yang mana jika salah satu peribadi mengatasi keperibadian yang satu lagi, maka peribadi yang teratas akan lebih terserlah dan lebih menonjol dalam perwatakkan seharian kita. (Maskulin dan Feminin akan diterangkan secara detail pada entri yang lain) 

FOKUS utama pada entri ini adalah pada "SIFAT PERIBADI" yang kita miliki.
Kenal pasti apa ciri-ciri peribadi kamu yang kamu miliki selama ini.. 
"Adakah aku seorang yang ceria?(Teruskan Ceria) 
"Adakah aku seorang yang Panas Baran? (Cuba kawal panas baran). 
"Adakah aku seorang yang Pemalu? (Letakkan rasa malu pada tempatnya). 
"Adakah aku seorang yang Peramah? (Teruskan peramah dan mencari kawan) 
"Adakah aku seorang yang <isikan tempat kosong>.. 

fahami diri kamu sedalam-dalamnya, kemudian "VALIDATE" diri kamu, 
Kita tidak perlu orang lain untuk tetapkan sama ada kita baik, cantik, menarik, peramah, pemurah... kita tidak perlu "VALIDATION" orang lain untuk kita yakin diri kita. ^_^

beri kata semangat kepada diri kamu... Ini antara kata-kata semangat yang boleh di cari dalam google.

Apabila kamu kenal siapa diri kamu. Tanamkan sifat"YAKIN DIRI" kerana apabila kita yakin pada diri kita, maka kita sedang menuju bahagia. 


"Saya mengakui kesilapan saya, dan saya tidak akan membuatkan diri saya sedih lagi"  (^_^)

"I am Confident because I am admit for who I am, what I have done and love myself for who I've become" \('o')/

"Saya tahu, saya seorang yang hebat! Kalau kamu tidak mampu menilai saya dengan baik, saya yakin ada orang yang lebih baik dari kamu mampu menilai dan menghargai saya" ;-)

"I have found the key of happiness, Stay away from toxic people" (haha saya suka ayat ini... kenapa? menjadikan saya lebih aware dalam memilih teman.) 

"kebahagian diri saya adalah tanggungjawab saya, maka saya PERLU bahagia"

Ini beberapa kata semangat untuk membantu menambah keyakinan kepada diri kita sendiri. cari kata-kata semangat yang bersesuaian dengan jiwa kamu. Dan penuhi diri kamu dengan kata-kata yang penuh inpirasi itu. 




3 .   Bentuk Pesona Yang Baru (NEW ME)

     Kita selalu baca atau dengar ayat yang penuh inspirasi ini...
       


Persoalannya sekarang.... YAKIN KAH ANDA?? 
Seiring dengan slogan ini juga, kita seperti tidak percaya bahawa sifat peribadi (personality) kita boleh mengatasi kecantikan yang kita miliki. Sebab lumrah manusia yang suka pada kecantik. Itu perkara yang kita tidak boleh halang. Tapi, kita tidak boleh ubah bentuk fizikal kita selama-lamanya. Orang yang buat pembedahan pun suatu hari nanti akan hilang kecantikan  yang di bedah.

Oleh itu, bentuk la satu persona (personality) yang mampu membuat orang senang dengan kita.. di bawah adalah langkah asas (bagi pendapat saya) untuk kita membentuk personality yang baru. ^_^

a) Penampilan!!!

"Errmm... aku suka simple jak. Pakai t-shirt dan jeans lepas tu pakai selipar Jipun suda ok. aku sudah boleh pegi kedai" - OOh okay!! Lelaki kali kamu ni kan? ;-) 
Sebab lelaki (Lebih-lebih lelaki Malaysia) kebanyakkan nya memang tidak banyak menjaga penampilan. 

Tapi kalau kamu ni PEREMPUAN... cuba berubah untuk nampak lebih presentable (mungkin kamu bertudung ka tau tidak ka, cuba cari "fesyen" yang BOLEH MENINGKATKAN CONFIDENT LEVEL kamu. Banyak jak di kedai baju "ROMBENGAN" atau "BAZAR BAJU MURAH" di Malaysia ni. Budget dalam rm50! kamu suda boleh kelihatan sangat menarik dan memenuhi syarat beragama

Kalau mau bermakeup pun boleh, tidak pun boleh... terpulang pada kamu asalkan kamu dapat hasilkan penampilan kamu yang BARU!!


JIka kamu suda mula merubah penampilan kamu.. WELCOME TO THE NEW YOU!!! <3 <3 <3 

b) Senyuman!!!

Terdapat 5 hormon dalam badan yang perlu di releasekan untuk merasa bahagia. Dan hanya dengan senyuman, kamu telah mereleasekan 2 jenis hormon iaitu Hormon Endorphin dan Hormon Serotonin. Hormon ini boleh juga d buat dengan cara bersenam atau membuat aktiviti yang menyenangkan perasaan dan jiwa. Tapi bertapa mudahnya senyuman kerana senyuman dapat mereleasekan sedikit tekanan pada emosi kita dan dapat melegakan sedikit beban pada fikiran kita.! Bahkan senyuman juga mengawet mudakan kaann??? ;-)

Jadi Senyum lah kepada Masalah. 

Kamu, perkara ini tidak senang.. sungguh... hanya mereka yang pernah melalui satu fasa yang maha dahsyat sahaja faham akan perasaan dan tekanan yang kamu kini miliki. Dan sejujurnya, aku berterima kasih kepada pengalaman aku yang lepas.. Ini hanya tiga langkah mudah yang aku praktikkan sejak 2014 hingga kini. 


Dan nota akhir untuk entri ini, berdoalah pada Tuhan yang menciptakan kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Menetapkan untuk membuka Pintu kebahagian kamu seluas-luasnya di dunia dan di akhirat nanti. 








Comments